KUCHING: Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan penghargaan kepada Konsul Agung Brunei Darussalam ke Sarawak Pengiran Kritini Pengiran Mohd Tahir yang telah memberi kerjasama erat kepada Kerajaan Sarawak selama empat tahun tempoh perkhidmatannya di Sarawak.

Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan berkata, Kerajaan Brunei banyak membantu dalam pelbagai bidang terutamanya sektor pelancongan, belia dan sukan dan menjadikan negeri ini menerima banyak kunjungan.

“Jalinan mesra antara rakyat Sarawak dan Brunei haruslah dijaga kerana kedua-dua jiran tersebut mempunyai banyak persamaan dari segi bahasa, agama dan kebudayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media semasa menerima kunjungan perpisahan Pengiran Kritini selepas bertugas selama empat tahun di negeri ini.

Dalam kunjungan itu, Abdul Karim sempat mengucapkan tahniah kepada Pengiran Kritini yang menggalas tugas baharu di negara asal dan berharap beliau akan tetap melawat Bumi Kenyalang sekiranya ada kelapangan