BINTULU: Hari ini dunia perhotelan telah berubah dengan kebiasaan baharu yang perlu diamalkan setiap masa bagi membantu usaha kerajaan memutuskan rantaian Covid-19.

Berlandaskan prosedur operasi standard (SOP) bagi membolehkan setiap hotel beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, Hotel Golden Bay Bintulu merupakan antara hotel terawal memulakan operasi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.

Pengurus Hotel Golden Bay Bintulu, Zuresh Singh berkata, pihaknya merupakan hotel yang mendapat kepercayaan daripada pihak Pejabat Residen Bahagian Bintulu dan Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai tempat penginapan bagi semua pekerja dari sektor minyak dan gas yang perlu bekerja sepanjang tempoh PKP dan PKPB.

Zuresh Singh

Beliau berkata, bagi memastikan keselamatan dan kesihatan tetamu terjamin, pihak pengurusan hotel sentiasa menitikberatkan SOP yang ditetapkan, terutama menyediakan cecair pembersih tangan, merekodkan maklumat daftar tetamu yang menginap melalui kod QR, pemeriksaan suhu badan tetamu dan pekerja semasa daftar masuk, di samping memastikan pemakaian pelitup muka oleh tetamu hotel dan pekerja.

Turut dilakukan ialah proses sanitasi di setiap ruang umum seperti lobi dan bilik tetamu serta sentiasa memastikan penjarakan sosial antara tetamu atau pelanggan mereka.

Selain itu, katanya pihak pengurusan hotel juga sentiasa berhubung dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga kesihatan bagi memastikan setiap arahan keselamatan dan kesihatan serta SOP yang ditetapkan dipatuhi.

Penekanan tentang penggunaan komunikasial ternatif dalam kalangan pekerja dan tetamu hotel juga ditekankan sekiranya memerlukan bantuan, berbanding kontak fizikal.

“Restoran dan kafeteria di dalam premis hotel telah memulakan operasi mulai pukul 7 pagi hingga 10 malam untuk perkhidmatan bawa pulang (bungkus), perkhidmatan bilik dan alacarte. “Malah, susunan tempat duduk juga diselaraskan satu meter antara satu sama lain, mengikut garis panduan operasi premis hotel yang diperkenalkan barubaru ini,” katanya.

Selain itu, beliau juga memberitahu bahawa pihak hotel akan menasihati tetamu untuk terus ke hospital kerajaan sekiranya tidak sihat atau demam. Bermula 1 Mei lalu, Hotel Golden Bay Bintulu menawarkan Promosi Harga Bilik serendah RM99++, ‘Pay Now, Stay Later’ untuk pelanggan yang inginkan suasana berbeza boleh menginap di hotel tersebut selepas tempoh PKPB tamat.

Sebarang pertanyaan atau maklumat mengenai operasi dan promosi hotel sepanjang tempoh PKPB, bolehlah melayari laman facebook http://www.facebook. com/GoldenBayHotel selain boleh menggunakan aplikasi whattsapp 012-8298113 atau 012-8170113 untuk sebarang pertanyaan berkaitan.