SINGAPURA: Singapura mengumumkan penguncian separa memerangi Covid-19 yang dilaksanakan sejak 7 April lalu, secara rasmi berakhir 1 Jun dengan masyarakat diminta menjalani hidup dalam kelaziman baharu.

Memetik Channel News Asia pada Selasa, Menteri Kesihatan Gan Kim Yong berkata penurunan kes jangkitan Covid-19 dalam masyarakat dengan kadar jangkitan pekerja asing yang stabil menjadi faktor utama pembatalan penguncian ini.

Bagaimanapun, Gan memberi amaran kadar jangkitan dapat meningkat semula ketika Singapura dibuka kembali. Sebanyak 90 peratus penghidap Covid-19 di Singapura ialah pekerja asing sektor pembinaan yang tinggal di asrama.

Bagaimanapun, angka kematian Covid-19 Singapura rendah iaitu 22 orang atau 0.08 peratus daripada jumlah pesakit Kini kerajaan Singapura secara perlahan-lahan membuka kembali ekonomi dan kehidupan sosial rakyat dalam tiga fasa.

Fasa pertama bermula 2 Jun, pejabat dibuka semula dengan pada masa yang sama kerajaan mengesyorkan konsep bekerja dari rumah digalakkan. Perniagaan seperti kedai buku, pembaikan penyaman udara, dan kedai haiwan peliharaan juga kembali beroperasi.

Di sektor pendidikan hanya pelajar menduduki peperiksaan akhir dibenar menghadiri pengajaran-pembelajaran harian di kelas secara berkala. Sementara itu, tempat ibadat dibuka hanya untuk aktiviti ibadah persendirian yang dihadiri maksimum lima orang yang tinggal di rumah yang sama.

Penduduk juga dibenarkan makan di restoran, kafe, medan selera atau penjaja dengan pusat beli-belah dibenarkan membuka semula perniagaannya.

Gim, stadium dan pusat rekreasi dibenarkan. Fasa kedua diramalkan berlangsung beberapa bulan. Kemudian kelaziman baru diterukan sehingga peringkat ketiga. Singapura kekal pada tahap ini sehingga vaksin C o v i d – 1 9 ditemui.