KARACHI: Seramai 107 orang dikhuatiri maut apabila sebuah pesawat penumpang milik Pakistan International Airlines terhempas di kawasan perumahan di Pakistan semalam.

Menurut The Sun, pihak berkuasa penerbangan awam Pakistan melaporkan lapan kakitangan dan 99 penumpang berada di dalam pesawat itu yang dalam perjalanan dari Lahore ke Karachi.

Kejadian sekitar jam 2.45 petang selepas beberapa saat juruterbangnya melaporkan terdapat masalah teknikal itu menyebabkan beberapa bangunan lokasi pesawat itu terhempas musnah.

Perdana Menteri Pakistan Imrah Khan dipetik dalam ciapan twitter berkata, beliau terkejut dan sedih dengan nahas itu akan sentiasa mendapatkan maklumat lanjut menjadi nahas itu daripada ketua eksekutif syarikat penerbangan itu.