BAU: Sebanyak 35 premis perniagaan diperiksa dalam Operasi Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sekitar pasar Bau.

Seramai 37 anggota dari PDRM, ATM, Pegawai Majlis Daerah Bau, Angkatan Pertahanan Awam dan RELA menyertai operasi tersebut baru-baru ini.

Operasi di bawah TaskForce PKPB adalah pemantauan dan pematuhan SOP ke atas premis-premis perniagaan dan makanan yang hanya dibenarkan untuk beroperasi sepanjang tempoh PKPB.

Ketua Polis Derah Bau DSP Poge Nyaon berkata, pemeriksaan dan pemantauan melibatkan Kedai Makan/Minum, Kedai Runcit dan Lain-lain Kedai di Pekan Bau

Beliau berkata, sepanjang operasi peniaga dinasihatkan mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa dan mengamalkan jarak sosial selamat.

Menurutnya, para pekerja dinasihatkan untuk memakai pelitup muka dan setiap premis mesti menyediakan hand sanitizer untuk pelanggan.

“Selain itu, anggota mengarahkan setiap premis untuk menunjukkan surat makluman yang telah dikemukakan ke Jawatankuasa Bencana Bahagian/telah dikemukakan ke jawatankuasa Bencana Daerah yang beralamat di majlis Daerah Bau ataupun kebenaran pengoperasian daripada Ministry Of Local Government and Housing Sarawak (MLGHS),” katanya dalam kenyataan.