KUCHING: Seorang wanita dan 11 lelaki tempatan dikompaun kerana ingkar PKPB. Ketua Polis Daerah Padawan Supt Aidil Bolhassan berkata, kesemua didenda kerana mela-kukan kesalahan berkenaan di kawasan Kota Sentosa, Batu 17, Batu 18 dan MJC Batu Kawa.

Katanya, lima lelaki ditahan pada 26 Mei manakala enam lelaki dan seorang wanita ditahan pada 27 Mei. “Kesemua mereka gagal memberikan alasan yang munasabah dan tidak mempunyai surat kebenaran daripada polis untuk pergerakan rentas daerah,” katanya semalam.

Beliau menegaskan IPD Padawan tidak akan berkompromi dengan sesiasapa sahaja yang melakukan kesalahan ingkar PKPB. Aidil juga menasihati orang ramai supaya bertanggungjawab dan memberi kerjasama dalam membendung penyebaran Covid-19.

“Sekiranya tiada rasa tang-gungjawab pada diri sendiri, agak mustahil kita dapat memutuskan rantaian dan penularan Covid-19 dan PKPB akan berterusan. “Sayangilah diri sendiri, keluarga dan masyarakat sekeliling,” katanya.

TIADA PERMIT… Sekatan jalan raya dalam kawasan IPD Padawan bagi mengesan individu ingkar PKPB.