Operasi kerajaan sedia SOP untuk pelanggan

KUCHING: Pengoperasian jabatan dan agensi Kerajaan Sarawak dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan adalah berlandaskan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Jaul Samion terdahulu mengadakan tinjauan ke beberapa jabatan dan agensi kerajaan negeri bagi memantau pelaksanaan SOP berkaitan PKPB.

Beliau memulakan tinjauan ke Pusat Perkhidmatan Sarawak di Bangunan UTC Kuching sebelum ke Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Seterusnya Jaul turut merasmikan Garis Panduan Asas Operasi Jabatan Hutan Sarawak di Wisma Sumber Alam sebelum melancarkan aplikasi Covid Forestku Sayang sebagai fungsi merekodkan data para pelawat yang berurusan di Jabatan Hutan Sarawak.

Beberapa ketua jabatan dan pegawai kerajaan negeri turut mengiringi tinjauan kerja tersebut.

Suara Sarawak