Petugas barisan hadapan terima sumbangan kuih-muih Hari Raya Aidilfitri

KUCHING: Petugas barisan hadapan sekatan jalan raya Ibu Pejabat Polis Dareah (IPD) Kuching menerima sumbangan kuih-muih Hari Raya Aidilfitri oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Supt. Merbin Lisa hari ini.

Merbin yang telah pergi ke setiap sekatan jalan raya IPD Kuching turut memberi sokongan moral serta suntikan semangat kepada petugas-petugas berkenaan yang tidak jemu memberikan perkhidmatan dan sumbangan bakti bagi membendung penularan wabak Covid-19 sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Beliau sendiri turut turun padang untuk memantau pergerakan dan aliran kenderaan di setiap sekatan jalan raya yang dilaksanakan sepanjang Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Selain itu, beliau juga mengambil kesempatan tersebut untuk menyampaikan ucapan Hari Raya kepada petugas-petugas barisan hadapan yang sedang menjalankan tugas.

Sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang tetap menjalankan tugas dan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik di waktu perayaan ini, beliau menyumbangkan kuih-muih Hari Raya kepada mereka.

Suara Sarawak