Sumbangan Hari Raya hargai peranan imam, bilal di Limbang

LIMBANG: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semalam menyampaikan sumbangan Hari Raya dalam majlis yang dianjurkan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Limbang (LAKIL).

Dalam majlis tersebut, sumbangan telah disampaikan kepada wakil-wakil yang terdiri dari Imam dan Bilal dari daerah Limbang, anak yatim, ibu tunggal dan ahli Lakil.

Menurut Datuk Amar, sumbangan kepada pegawai masjid seperti Imam dan Bilal itu merupakan satu penghargaan kepada mereka yang terlibat dalam menegakkan syiar dan ajaran Islam.

“Dalam kita menghadapi wabak Covid19 ini, saya ingin menyeri kepada anda untuk sama sama memainkan peranan bersama agensi kerajaan lain dalam menghadapi wabak ini,”

Datuk Amar Awang Tengah turut berkata keadaan semasa turut telah menberikan sedikit kelainan pada majlis ini yang hanya menyaksikan wakil menerima bantuan untuk diedarkan.

“Inilah pengorbanan yang terpaksa kita lakukan atas arahan PKP. Di samping itu juga jagalah penjarakan sosial dan kebersihan semoga kita akan berjaya mengatasi wabak ini,” tambah beliau.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan ADUN Batu Danau Paulus Palu Ngumbang.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak