KUCHING: Rakyat Sarawak yang berada di luar negara dan terkandas pada waktu ini dinasihatkan menghubungi Kerajaan Sarawak bagi membantu mereka untuk kembali ke tanah air.

Itu tegas Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkaitan isu melibatkan 30 warga Malaysia dan 13 daripadanya merupakan anak Sarawak – yang terkandas di Lagos, Nigeria sejak dua bulan lalu.

Beliau katanya telah menghubung Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk membincangkan langkah-langkah penyelesaian.

“Wan Junaidi akan membawa perkara ini untuk dibincangkan di kabinet. Kita tunggu keputusan selanjutnya.

“Kita juga risau apabila ada rakyat Sarawak terkandas di luar negara.

Kerajaan Sarawak bersedia untuk membantu, melindungi dan melakukan yang terbaik untuk menyelamat mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian Covid-19 di Bangunan Lama Dewan Undangan Negeri di sini, .

Terdahulu satu video tular di media sosial memaparkan salah seorang rakyat Sarawak, dikenali sebagai Malcolm Goh dari Kuching yang memaklumkan dia dan rakan rakan terkandas di Lagos Nigeria sejak tiba di negara tersebut pada 7 Februari lalu.

Malcolm melalui perkongsian video tersebut menjelaskan, terdapat lebih 30 rakyat Malaysia yang terkandas di Nigeria ekoran berlaku peningkatan wabak Covid-19 di negara tersebut menyebabkan kerajaan melaksanakan penutupan semua operasi termasuk lapangan terbang.

Jelasnya walaupun pelbagai langkah dilakukan oleh Duta Malaysia di Nigeria termasuk mendapatkan penerbangan pulang ke tanah air tidak berhasil.