BINTULU: Sebuah lori treler nyaris hangus apabila tayar belakang lori itu terbakar di Batu 8, Jalan Bintulu- Miri, awal pagi tadi.

Tindakan pantas 12 anggota Bomba dan Penyelamat Bintulu berjaya memadamkan kebakaran dan menyelamatkan kenderaan itu daripada musnah sama sekali.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataanya berkata, setiba di lokasi kejadian Komander Operasi, PBK II Herman mendapati berlaku kebakaran tayar terpakai di belakang sebuah lori triler milik Anggun Enterprise Sdn. Bhd.

“Api dapat dikawal sepenuhnya pada jam 3.38 pagi dengan menggunakan foam dan air daripada tangki air jentera bomba , katanya.Kebakaran dipercayai berpunca dari tayar belakang treler yang terbakar yang sarat membawa muatan tayar terpakai.

Tiada berlaku sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih disiasat.