KUCHING: Empat buah kediaman nyaris terbakar secara keseluruhan dalam insiden kebakaran berantai di kawasan perumahan berhampiran lorong 16, RPR Batu Kawa, di sini, petang tadi.

Kejadian bermula daripada kebakaran tingkat atas sebuah rumah dua tingkat di lokasi kira-kira jam 6 petang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan seramai 12 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang disusuli lapan anggota bantuan daripada BBP Tabuan Jaya telah digerakkan ke lokasi kejadian.

Komander Operasi Kanan, TPgB Di Hata Gobel berkata, kebakaran awal melibatkan rumah teres dua tingkat jenis separuh kekal.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiga buah rumah telah terbakar 100 peratus manakala sebuah lagi telah terjejas 65 peratus,” jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dedahnya, seorang warga emas telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) setelah mengalami sesak nafas akibat daripada kebakaran.

Kejadian bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.