BELAGA: Seorang lelaki dikhuatiri lemas semasa menjala ikan di Sungai Murum, 12 tengah hari Sabtu.

Berdasarkan maklumat awal yang diperolehi daripada jurucakap Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Belaga, mangsa dikenali sebagai Johny Mering, 52, berasal dari Jelalong Tubau.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Belaga
mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian pada jam 2.45 petang daripada rakan mangsa, Mambong Jawa, 38.

Semasa kejadian, mangsa dikatakan sedang menjala di kawasan jeram Sungai Murum sebelum tergelincir ke dalam sungai dan dihanyutkan arus deras.

Difahamkan, empat anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu diketuai Pegawai Bomba Kanan 2, Winston Tan sedang dalam perjalanan menuju ke lokasi kejadian bagi membantu usaha mencari dan menyelamat mangsa.

Lokasi mangsa dikhuatiri lemas pada tengah hari Sabtu.