KUCHING: Tindakan dua remaja lelaki berusia 14 tahun berlumba dan menunggang motosikal ala ‘SUPERMAN’ membawa padah setelah ditangkap polis di Batu 18 Jalan Kuching-Serian, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Aidil Bolhassan berkata, kedua-dua suspek ditahan hasil Op Samseng dijalankan sepasukan polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan sekitar jam 8 malam.

Menurutnya, operasi bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik(JSPT) Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak itu mengesahkan kedua-dua suspek merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan.

“Kawalan mendapati dua penunggang motosikal dilihat sedang menunggang dalam keadaan menduga kelajuan dan bersaing sesama sendiri.

“Kedua-dua suspek turut melakukan aksi meniarapkan dada di atas tempat duduk dengan kaki lunjur lurus ke belakang motosikal,” jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, suspek telah ditahan dan dibawa ke IPD Padawan untuk siasatan lanjut.

kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

REMAJA… kedua-dua suspek ditahan dan dibawa ke IPD Padawan untuk tindakan siasatan lanjut

 

REMAJA… kedua-dua suspek ditahan dan dibawa ke IPD Padawan untuk tindakan siasatan lanjut