JAKARTA: PBB semalam menyumbang sejumlah AS$2 juta (RM8.54 juta) untuk menyokong respons Covid-19 Indonesia di bawah Dana Rakan Kongsi (Covid-19 MPTF).

Mengutip Jakarta Post, dana itu dikeluarkan melalui projek perlindungan awam yang bertujuan untuk melindungi golongan terdedah, terutama wanita dan kanak-kanak yang terpinggir akibat serangan wabak dalam sosiol dan ekonomi.

Penyelaras sementara PBB untuk Indonesia, Niels Scott berkata usaha itu bagi memastikan tiada sesiapa yang diabaikan dalam krisis sosioekonomi khusunya kanak-kanak dan wanita.

“Adalah menjadi keutamaan kami untuk menyokong pemerintah dalam melindungi kemajuan yang dicapai sehingga kini bagimencapai Matlamat Pembangunan Lestari,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambahnya, PBB turut berterima kasih kepada beberapa pemerintah negara iaitu Netherlands, Norway, Switzerland dan Denmark yang menjayakan dana tersebut.

“Sumbangan ini akan membantu respons Indonesia terhadap pandemik yang memberi kesan ke atas kehidupan manusia dan harian,” katanya.

Menurut perkiraan  pertubuhan itu, sekitar 150 juta warga Indonesia jatuh miskin akibat kesan ekonomi yang dicetuskan oleh wabak tersebut. Selain hilang pendapatan, penduduk juga berdepan dengan kekurangan zat makanan serta bekalan makanan.