CHINA: Seorang remaja perempuan dilaporkan koma selepas minum bubble tea dua kali sehari selama sebulan. Gadis berusia 18 tahun yang tinggal di Shanghai itu mengambil minum manis itu selama sebulan sehingga dia mengalami masalah kesihatan.

Dia yang ditemui pengsan oleh keluarganya menunjukkan simptom hiperglikemia, iaitu kondisi kadar gula yang tinggi dalam darahnya yang biasanya terjadi pada pengidap diabetes melitus.

Sebelum koma, antara simptom yang dialami oleh gadis itu ialah muntah, sering membuang air kecil dan nyahhidrat. Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital dan apabila diperiksa, kadar gula dalam darahnya ialah 25 kali ganda lebih tinggi daripada biasa.

Gadis itu menggunakan alat bantuan penafasan dan menjalani dialisis ginjal . Selepas lima hari, dia mula sedar daripada koma.

Selepas doktor berpuas hati dengan keadaannya, dia kemudian dibenarkan pulang. Menurut doktor bubble tea mengandungi kandungan gula sebanyak 54 gram manakala teh biasa mempunyai 22 gram gula.