NEW DELHI: India dan China bersetuju meredakan ketegangan di sempadan Himalaya yang semakin meruncing. Menteri luar kedua-dua negara bercakap melalui telefon menenangkan kegelisahan setelah insiden huru-hara terbaru di tanah tinggi itu yang mengakibatkan korban nyawa tentera India.

Perbualan antara Menteri Luar China, Wang Yi dan menteri Luar India Subrahmanyam Jaishankar itu berlaku ketika sumber memberitahu AFP bahawa pasukan separan tentera India dikerah ke daerah sempadan Himalaya yang terletak bertentangan Tibet.

Sementara itu penyiar negara China, CCTV pula menyiarkan rakaman kereta kebal dan askar Tentera Pembebasan Rakyat China yang mengadakan latihan kebakaran secara langsung di Tibet.

China enggan mengesahkan jika ia mengalami korban nyawa dalam pertempuran pertama di sempadan dalam beberapa dekad itu, walaupun media India mengatakan sekurang-kurangnya 40 tentera China terbunuh atau cedera parah.

Kementerian luar China dalam satu kenyataan mengatakan bahawa Wang menuntut “India melakukan siasatan menyeluruh” dan menghukum mereka yang bertanggungjawab. “Pihak India tidak boleh salah menilai keadaan sekarang, dan tidak boleh memandang rendah kemahuan China untuk menjaga kedaulatan wilayahnya,” tambah kenyataan itu.

Kementerian luar India mengatakan Jaishankar “menyampaikan bantahan” kerajaannya. Dia memberi amaran bahawa “perkembangan tersebut yang belum pernah terjadi sebelumnya memberi kesan serius pada hubungan dua hala” dan mendesak Beijing “mengambil langkah pembetulan”.

Namun begitu, pada masa sama kedua-dua menteri terbabit juga berusaha mengurangkan ketegangan. China mengatakan kedua-dua pihak bersetuju untuk “menyejukkan keadaan di lapangan secepat mungkin”.

Kementerian luar India mengatakan kedua-dua pihak bertenang dan tidak akan mengambil tindakan untuk memperbesar masalah”.