2,068 syarikat Filipina ditutup, lebih 69,000 menganggur

MANILA: Sejumlah 2,068 sektor perniagaan terpaksa ditutup sepanjang krisis kesihatan Covid-19, menjadikan 69,022 kehilangan pekerjaan di Filipina, menurut Setiausaha Buruh Silvestre Bello III.

Berdasarkan statistik Lembaga Pekerja Filipina, seramai 7.3 juta pekerja kehilangan pekerjaan akibat wabak itu berdasarkan tinjauan, namun tidak menunjukkan angka sebenarnya, katanya.

Memetik Philippine Daily Inquirer, bagi membantu pekerja sektor tidak formal yang kehilangan pekerjaan, Jabatan Buruh dan Pekerjaan (DOLE) bercadang memperluas program pekerjaan kecemasannya daripada 10 hari hingga enam bulan bekerja, kata Bello.

Sementara pekerja sektor formal, pihak Dole menawarkan 25 hingga 50 peratus subsidi gaji kepada majikan selagi tidak menghentikan pekerja mereka, tambahnya.

Bello berkata, 321,000 pekerja Filipina luar negara (OFW) turut terkesan dengan krisis Covid-19 dengan sejumlah 191,000 terpaksa memilih tinggal di tempat sedia ada.

Dole kini mengurus sekitar 62,000 OFW yang terkandas, dengan 16,679 daripada mereka pulang ke Filipina pada Jun ini, tambahnya.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak