SUDAH 50 tahun dua negara raksasa di Asia Pasifik – China dan India – yang kedua-duanya memiliki populasi terbesar di dunia dan diketahui memiliki senjata nuklear, bersengketa berebutkan wilayah merentangi 3.5 kilometer di sempadan Himalaya yang tidak pernah dimuktamadkan.

Seperti Laut China Selatan di sini, China turut berhadapan tuntutan bertindih dengan India.

Ini termasuklah Ladakh yang terletak di wilayah pergunungan dan lembah indah untuk dirakam lensa kamera dekat Kashmir.

Wilayah Jammu dan Kashmir yang cuba dicengkam India dengan menafikan autonominya pada 2019, turut merangsang sengketanya dengan Pakistan meliputi kawasan seluas 140,000 kilometer per segi.

Perlu direkodkan Pakistan merupakan antara negara memiliki senjata nuklear manakala China-Pakistan turut mempunyai hubungan intim sehingga India menuding Beijing membantu teknologi nuklear dan peluru berpandu Islamabad.

Artikel bertarikh 20 Jun 2020 ini boleh dibaca penuh dalam epaper SVST melalui pautan di bawah:

1.Pengguna Android:
.
http://shorturl.at/dhpR7
.
2.Pengguna Ios:
.
http://shorturl.at/dlsxG