MATU: Sama.seperti sekolah lain, pelajar kelas peperiksaan SMK Matu juga kembali ke sekolah dengan pematuhan SOP yang ketat.

Adun Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya berkata, beliau secara peribadi berterima kasih dengan kesungguhan guru yang memastikan pematuhan SOP diikuti pelajar.

“Selepas lama tidak ke sekolah, diharap pelajar belajar dengan bersungguh-sungguh,” katanya dihubungi Suara Sarawak di sini, sebentar tadi.

Beliau berharap pelajar di kawasannya mampu mencapai sasaran cemerlang dalam SPM.

“Tolong hargai pengorbanan guru seperti apa yang mereka lakukan hari ini.

“Walaupun kita tinggal di luar bandar, kita harus bersama-sama memastikan pendidikan sampai ke luar bandar,” katanya.

Semalam seramai 141 pelajar Tingkatan Lima SMK Matu turun ke sekolah serentak dengan arahan Kementerian Pendidikan di seluruh negara dengan pematuhan SOP susulan krisis kesihatan global Covid-19 melanda negara.

Kredit video: CIKGU BOB TV