BAVARIA: Polis di Jerman barubaru ini memberitahu sebuah pejabat pos terpaksa dikosongkan dan 18 pekerja dan orang awam diberikan rawatan perubatan gara-gara mabuk tercium bau yang keluar dari bungkusan di pejabat itu.

Setelah disiasat lanjut rupa-rupanya bau tersebut datang dari durian yang terdapat dalam bungkusan terbabit.

Pihak polis dan bomba di bandar Schweinfurt berkejar ke pejabat pos berkenaan sebaik sahaja menerima aduan.

Selain menyebabkan pencemaran, durian itu menyebabkan beberapa pekerja loya dan pening tercium baunya dan terpaksa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Sebaik sahaja bungkusan itu dibuka pihak polis mendapati ia penuh dengan durian dan ia kemudian dihantar kepada penerimanya seberapa segera.