KUCHING: Pos Malaysia memohon orang ramai untuk bersabar kerana menghadapi peningkatan jumlah bungkusan yang mendadak.

Katanya, pihaknya menghadapi peningkatan jumlah bungkusan yang mendadak terutamanya di Sabah dan Sarawak.

“Berikutan peningkatan ini, kami menjangkakan kelewatan penghantaran bungkusan pada ketika ini.

“Kami sedang gigih berusaha untuk meningkatkan kapasiti untuk memastikan penghantaran dapat dilakukan secepat mungkin,” jelasnya dalam satu kenyataan semalam.

Jelas Pos Malaysia lagi, bagi pelanggan di Sabah dan Sarawak, pihaknya menghadapi kekangan dari segi jumlah penerbangan yang terhad yang mungkin menyebabkan kelewatan yang tidak jangka.

Pihaknya juga menghargai kesabaran semua orang dan berterima kasih kerana memahami situasi ini.

Dalam pada itu, Pos Malaysia memohon maaf atas segala kesulitan tersebut. Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Pos Malaysia melalui AskPos di pos.com.my