SARATOK: Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan sebanyak RM1.15 juta untuk membangunkan empat surau baharu di sekitar Saratok, tahun ini. Menurut sumber, ia melibatkan pembinaan surau baharu Kampung Hulu (RM300,000), Kampung Tanjung (RM300,000), Kampung Pagan Melango Hilir (RM150,000) dan Taman Seroja Indah (RM400,000).

Kesemua surau baharu berkenaan akan dibangunkan menggunakan peruntukan di bawah projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2020.

Secara keseluruhan, peruntukan RTP RM5 juta Abdul Wahab akan digunakan bagi pelaksanaan 25 projek. Sudah pasti, kelulusan 25 projek akan menggembirakan rakyat dan diharap dapat dilaksanakan sebaik-baiknya.

Rata-rata projek yang dilaksanakan sebelum ini memberi manfaat yang amat besar kepada rakyat. Semalam, Naib Ketua PBB Cawangan Kalaka Kasdi Pandi dan Ketua Pergerakan Pemuda PBB Cawangan Kalaka Alinapiah Ahmad mewakili Adun Kalaka Datuk Abdul Wahab Aziz telah mengadakan lawayan ke tapak projek bersama-sama pegawai JKR Daerah Saratok.