MIRI: Lima individu termasuk dua beradik dicekup dalam serbuan polis di sebuah rumah di Tudan Fasa 2 di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 10.55 pagi, polis turut menemui dan merampas dadah jenis Syabu seberat 5.14 gram yang bernilai RM500.

Kesemua suspek yang berusia antara 22 hingga 29 tahun itu ditahan selepas dipercayai melakukan aktiviti penyalahgunaan dadah di dalam rumah berkenaan.

Mereka kemudian dibawa ke pejabat Siasatan Jenayah Narkotik lbu Pejabat Polis Daerah Miri (IPD) untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Difahamkan, ujian saringan air kencing mendapati lima suspek terbabit positif dadah.