MIRI: “Masih ada yang membeli kuih kering tradisional,” kata Jemaah Othman, peniaga di Tamu Kedayan Miri di sini.

Walaupun sudah menjangkau usia 66 tahun, Jemaah masih bersemangat untuk membuat produk tempatan itu dan berjual di pasar tamu hampir setiap hari.

Menurutnya, seawal jam 5 pagi, dia sudah berada di pasar tamu itu untuk memulakan rutin hariannya.

“Sejak di Tamu Kedayan lama lagi, saya memang sudah berniaga kuih kering ini bersama adik perempuan saya.

“Saya tidak ingat berapa lama sudah saya menghasilkan kuih ini, tapi yang pasti saya masih muda lagi ketika saya memulakan perniagaan ini,” katanya kepada Suara Sarawak.

Jemaah memberitahu, kebanyakan yang membeli adalah penduduk tempatan, berbanding pelancong yang lebih tertarik dengan produk lain seperti belacan, cencaluk dan udang kering.

“Kebanyakannya pembeli kuih kering di gerai saya ini adalah orang tempatan di sini.

yakan yang membeli adalah penduduk tempatan, berbanding pelancong yang lebih tertarik dengan produk lain seperti belacan, cencaluk dan udang kering.

“Kebanyakannya pembeli kuih kering di gerai saya ini adalah “Kalau pelancong pula, mereka tidak berminat sangat untuk membeli kuih kering ini, selalunya mereka membeli belacan dan cencaluk,” tambahnya yang turut menjual produk berasaskan bubuk buatan sendiri.

Ketika ditanya mengenai keadaan selepas tidak beroperasi hampir dua bulan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Jemaah mengakui berlaku perubahan ketara dari segi hasil jualan.

“Sebelum ini, banyak pihak hotel sekitar sini membeli kuih kering ini sampai tiga hingga lima kali dalam sebulan.

“Tapi, sekarang ini susah sikit sebab mereka (hotel) tidak lagi membeli disebabkan PKP,” jelasnya.

Bagaimanapun, tambahnya lagi, keadaan masih dikatakan baik kerana pelbagai bantuan kerajaan telah diberikan.

“Setakat ini, kami masih boleh bertahan lagi kerana bantuan yang diterima mencukupi untuk menampung saya dan adik saya.

“Selain itu, dua minggu sebelum perayaan, kami juga telah untuk dibenarkan beroperasi di tamu, jadi masa itu kami berjaya mendapatkan hasil jualan yang mencukupi untuk penampung perbelanjaan seterusnya,” ujar Jemaah.

Lebih 15 jenis kuih kering tradisional yang dijual pada harga RM1 dan RM2 di gerai Jemaah.