BINTULU:  Ahli PBB N67 Jepak disaran supaya bersiap siaga bermula dari sekarang bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka bakal diadakan pada bila-bila masa tahun depan.

Adun Jepak Datuk Datuk Talib Zulpilip berkata,ahli PBB N67 Jepak khususnya tidak lagi boleh untuk duduk di dalam ruang selesa lagi.

“Ini kerana cabaran yang dihadapi kini semakin berat dan perlu bersiap siaga dari sekarang bersatu padu meneruskan perjuangan parti terutama Gabungan Parti Sarawak(GPS),katanya pada sesi randau bersama ahli PBB Cawangan N67 Jepak (Bapa, Wanita, Pemuda) di salah sebuah hotel terkenal di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, ahli parti harus merancang awal fokus gerak kerja dan perlu dijalankan mulai sekarang supaya ianya tidak terlambat.

Talib, yang juga Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) turut menyarankan ahli supaya bersatu padu serta mengelakkan masalah dalaman.

Pihak terbabit juga disaran untuk keluar dari zon selesa selain menjalankan gerak kerja turun padang.

Beliau turut menegaskan bahawa tindakan memastikan parti terus relevan perlu dijalankan secara berterusan dalam usaha mempertahankan parti daripada dakyah dan propaganda pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, semua ahli ranting dan Cawangan PBB N67 Jepak termasuk Pemuda, Wanita dan Bapa mahu Talib kekal sebagai calon DUN Jepak pada pilihan raya negeri akan datang.

BINCANG… Talib pada sesi randau bersama PBB  Cawangan N67 Jepak (Bapa, Wanita, Pemuda).