KUCHING: Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (Unifor) telah mengeluarkan garis panduan upacara perkahwinan di rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam dan aktiviti menziarahi kubur berkuat kuasa 1 Julai ini.

Menurut kenyataan yang dikeluar kelmarin, ia dilaksanakan selaras ketetapan yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berikutan pembukaan semula rumah-rumah ibadat agama-agama lain selain agama Islam di seluruh Sarawak yang berkuat kuasa 20 Jun lalu.

Katanya, upacara perkahwinan ini akan dilaksanakan tertakluk kepada pematuhan syarat yang dipersetujui iaitu rumah ibadat dan Persatuan Agama Bukan Islam yang mempunyai Penolong Pendaftar Perkahwinan yang di lantik di bawah Seksyen 28 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) dibenarkan untuk menjalankan upacara perkahwinan di rumah ibadat masing-masing.

“Jawatankuasa membenarkan jumlah kehadiran ke upacara perkahwinan dan Persatuan Agama Bukan Islam dihadkan kepada 20 orang selepas mengambil kira penjarakan sosial sekurang- kurangnya satu meter.

“Kehadiran ke upacara pengkebumian pula adalah dihadkan kepada 50 orang yang terdiri daripada pemberi perkhidmatan dan ahli keluarga terdekat sahaja,” jelasnya.

Menurut keputusan JPBN lagi, kehadiran ke aktiviti menziarahi kubur pada satu-satu masa pula telah dihadkan kepada 20 orang dan hanya terdiri daripada ahli keluarga terdekat sahaja.

Jawatankuasa juga memutuskan untuk tidak membenarkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun ke bawah menghadiri upacara perkahwinan di rumah ibadat dan Persatuan Agama Bukan Islam mahupun menghadiri upacara pengebumian dan aktiviti menziarahi kubur.

“Begitu juga mana-mana individu yang mempunyai gejala demam, batuk, selesema atau mempunyai suhu melebihi 37.5ºC dilarang untuk ketiga-tiga upacara tersebut dan sebarang aktiviti sosial (makan, minum dan sebagainya) dan yang melibatkan aktiviti sentuhan fizikal juga tidak dibenarkan,” tegasnya.

Dalam pada itu, semua rumahrumah ibadat dan Persatuan Agama Bukan Islam yang berhasrat untuk menjalankan semula operasi sedemikian di rumah ibadat masing-masing mulai 1 Julai ini dinasihatkan untuk berbuat demikian dengan penuh berhatihati mengikut kemampuan dan tahap kesediaan masing-masing bagi memastikan keadaan adalah sentiasa terkawal dan segala piawaian (SOP) yang ditetapkan dipatuhi sepenuhnya.

Garis panduan tersebut boleh dimuat turun di laman sesawang Unifor di http://jkm.sarawak.gov. my dan http://jkm/sarawak.gov. my/UNIFOR.

Ia juga boleh didapati di ibu pejabat rumah ibadat masingmasing serta pejabat residen dan daerah.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi atau e-mel pegawai seranta di Bahagian Polisi dan Perhubungan Awam Unifor: Simon Engka Crown (simone@ sarawak.gov.my / 082-550610 ext 126/ 014-5750990 ) dan Ambrose Linang Sidu (ambrosels@ sarawak/gov.my /082-550610 ext KUCHING: 127 / 019-8780787.