SARIKEI: Wanita Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) SUPP Cawangan Sarikei meneruskan tradisi turun padang menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Terkini mereka menyampaikan sumbangan kepada Jimah Rabong, di Jalan Kim San, Wuok Siew Chui, Jalan Merudu Mas Seri Seri, Ulu Bayong dan Amoi Kalong, di Jalan Repok.

Sehubungan itu Ketua Wanita SUPP Sarikei, Wong Zee Yeng berharap bantuan dapat membantu meringankan beban penerima.

“Sumbangan disalurkan dalam pelbagai bentuk termasuk bantuan makanan asas.

“Ini juga merupakan salah satu pendekatan kami untuk mengetahui, memahami serta menyelesaikan masalah penduduk akar umbi,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pendekatan seumpama itu dilihat mampu merapatkan lagi hubungan baik di samping menarik penyertaan ahli dalam kerja amal dan kemasyarakatan.

Wanita SUPP katanya, sentiasa turun padang mendengar masalah dan membantu mereka yang memerlukan sama ada di kampung mahupun rumah panjang.

“Ini juga platform kami untuk mendekati masyarakat serta melihat masalah mereka dan cuba membantu dengan apa yang termampu,” katanya.

Penyampaian sumbangan disempurnakan Kapitan Law Pick Hung, Kapitan Chieng Hei Chin dan Kaunselor Wong Siew Ming wakil Wanita SUPP Cawangan Sarikei.

Hadir sama Kapitan Ling dien yang mewakili ADUN N.45 Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.