Aktifkan semua bilik gerakan

DALAT: “Semua bilik gerakan di setiap ranting hendaklah diaktifkan mulai sekarang”.

Demikian kata Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah, ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan PBB Dalat Jumaat lalu.

Menurutnya, mesyuarat itu adalah sebagai makluman awal kepada seluruh jentera PBB Dalat tentang persiapan dan persediaan bagi menghadapi pilihan raya akan datang yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

Beliau turut menjelaskan, semua ahli memainkan peranan untuk memberitahu para pengundi tentang perubahan lambang atau logo parti yang akan digunakan oleh GPS.

“Saya menggesa semua bilik gerakan di setiap ranting diaktifkan,” katanya yang juga Ketua Cawangan PBB Dalat.

Sementara itu, Ketua Penerangan PBB Dalat Arini Suhaili berkata, mesyuarat tersebut diadakan di Dewan Terbuka Khidmat Adun Dalat jam 2 petang dan dihadiri 40 orang ahli jawatankuasa cawangan.

Mesyuarat ini juga telah membuat keputusan sebulat suara untuk mencadangkan kepada Majlis Tertinggi PBB bagi mengekalkan Datuk Seri Fatimah Abdullah sebagai calon PBB Dun Dalat dalam pilihan raya nanti.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak