Amerika Latin catat 70,000 kematian
SAO PAULO: Lebih 70,000 orang mati akibat Covid-19 di Amerika Latin ketika pandemik itu melanda rantau ini, meningkatkan lagi tekanan pada sistem penjagaan kesihatan.
 
Ketika jumlah kes di AS meningkat melepasi angka dua juta, Amerika Tengah dan Selatan muncul sebagai titik panas baharu untuk penyakit yang menjangkiti 7.4 juta orang di seluruh dunia itu.
 
Lebih 415,000 daripadanya meninggal dunia. Di Brazil, yang menyumbang lebih separuh kematian di rantau ini, hospital bergelut menangani begitu ramai bilangan pesakit dan sebahagiannya dalam keadaan kritikal.
 
“Kejururawatan sering menjadi profesion yang terlalu banyak kerja, dan pandemik ini memburukkan lagi keadaan,” kata jururawat Hans Bossan kepada AFP.

“Para jururawat berurusan langsung dengan pesakit, dengan virus, kami berada di garis hadapan perang,” kata Bossan, yang bekerja 72 jam seminggu dalam tiga pekerjaan berbeza. Jururawat paling terkesan apabila Brazil mencatatkan lonjakan tertingginya dalam kes Covid-19″Para jururawat berurusan langsung dengan pesakit, dengan virus, kami berada di garis hadapan perang,” kata Bossan, yang bekerja 72 jam seminggu dalam tiga pekerjaan berbeza.

Jururawat paling terkesan apabila Brazil mencatatkan lonjakan tertingginya dalam kes Covid-19 dan di peringkat global kini menduduki tempat ketiga dari segi jumlah kematian, selepas AS dan Britain.

Kira-kira 18,000 jururawat di negara itu dijangkiti Covid-19, dan sekurang-kurangnya 181 mati, antara jumlah tertinggi di dunia, menurut Majlis Jururawat Antarabangsa.

Pengkritik Presiden populis Brazil, Jair Bolsonaro mengatakan wabak itu semakin teruk disebabkan tindak balas sembarangan yang menyaksikan presiden berulang kali merendahkan keseriusan penyakit itu.

Bolsonaro marah terhadap penutupan yang dikatakan para saintis diperlukan untuk meredakan jangkitan, menegaskan ia menjejaskan ekonomi negara.

Pada Rabu dengan kadar jangkitan melonjak tinggi, ibu kota ekonomi Sao Paulo mula membuka kembali kedai. Manakala di beberapa bandar lain, pusat beli-belah dibuka semula pada Khamis. – AFP

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak