Penunggang motosikal kemalangan maut di lampu isyarat Paragon

BINTULU: Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar sebuah kenderaan jenis Toyota Land Cruiser sekitar jam 3.20 petang, pada Jumaat.

Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, insiden berlaku di lampu isyarat Paragon, di sini.

“Ketika kejadian, mangsa yang sedang bergerak lurus telah dilanggar sebuah kenderaan jenis Toyota Land Cruiser yang dipandu oleh seorang wanita yang dari arah sebelah kanan.

Impak pelanggaran tersebut mengakibatkan mangsa yang dikenalpasti sebagai Kavin Raj a/l Multy, 23, tercampak dan terkena tiang lampu isyarat di kiri jalan.

Mangsa yang baharu lima hari bertugas di Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia Cawangan Bintulu itu disahkan maut di tempat kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak