PKPB: SOP ketika Hari Gawai terus dipatuhi

KUCHING: Sebanyak 71,043 kenderaan dan 3,313 kawasan perumahan serta premis di seluruh Sarawak diperiksa polis dalam tempoh 24 jam bermula 12 tengah malam, semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail menegaskan, tindakan itu bagi memastikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Standard Operasi Prosuder (SOP) perayaan Hari Gawai Dayak dipatuhi.

Menurutnya, setakat ini masih tiada tangkapan dan kompaun dikenakan terhadap mana-mana individu yang melanggar peraturan tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati semua aliran trafik di seluruh negeri berjalan lancar.

“Rekod setakat ini turut menunjukkan tiada kes tangkapan serta kompaun dikeluarkan terhadap mana-mana individu yang cuba merentas daerah tanpa kebenaran,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Dedahnya, sebanyak 50 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilakukan di seluruh negeri dengan kekuatan anggota seramai 843 yang ditugaskan bekerja pada Hari Gawai.

Tambahnya, sementara itu seramai 108 lagi anggota terlibat dalam operasi sebagai pasukan khas untuk melakukan pemantauan di kawasan ditetapkan seluruh negeri.

Suara Sarawak