Meskipun berlaku krisis dalam politik dan negara, tetapi kebajikan rakyat tetap dijaga dengan baik. Kerajaan Perikatan Nasional dan Kerajaan Sarawak telah memberikan yang terbaik dan membuktikan bahawa mereka mampu menjaga kebajikan rakyat.

KEBAJIKAN rakyat di negara ini termasuk Sarawak terjamin ketika musibah melanda negara.

Seperti yang dapat dilihat ketika pendemik Covid-19 melanda negara, kebajikan rakyat sentiasa diutamakan. Pelbagai bantuan telah ditawarkan kepada rakyat di negara dan negeri ini demi memastikan mereka tidak terputus bekalan makanan.

Apa yang kita perlu kagumi, setelah Kerajaan Persekutuan mengumumkan pakej Bantuan Prihatin Nasional, Sarawak mengambil pendekatan tersendiri dengan memperkenalkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) sebagai suntikan tambahan untuk rakyat di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah mengumumkan tiga pakej bantuan tersebut yang menelan belanja sejumlah RM2.55 bilion.

Antara pakej BKSS ialah BKSS 1.0 (RM1.15 bilion), BKSS 2.0 (RM1.11 bilion) dan BKSS 3.0 (RM0.29 juta).

Menerusi ketiga-tiga fasa tersebut, pihak kerajaan bukan sahaja membantu rakyat biasa tetapi juga para usahawan dan sebagainya.

Ini telah membuktikan bahawa kebajikan rakyat di negara dan juga negeri terjamin dengan baik. Selain itu, petugas barisan hadapan juga telah mendapat insentif menerusi BKSS tersebut, selain PPE.

Tidak cukup dengan itu, kita melihat masyarakat juga sentiasa ringan menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan ketika pandemik Covid-19 melanda.

Apa yang dapat dilihat, pelbagai sumbangan telah dihulurkan tidak kira oleh individu, badan bukan kerajaan (NGO) dan banyak lagi. Ia termasuk keperluan yang digunakan oleh petugas di hospital, pihak berkuasa dan banyak lagi.

Dalam hal berkaitan, bantuan makanan juga dihulurkan kepada petugas barisan hadapan dan mereka yang memerlukan. Ini juga membuktikan bahawa tiada siapa yang ketinggalan dalam menikmati bantuan yang dihulurkan oleh masyarakat dan kerajaan.

Apa yang lebih menarik berlaku di negara ini ketika pandemik Covid-19 mula melanda, kita melihat peralihan kerajaan.

Meskipun berlaku krisis dalam politik dan negara, tetapi kebajikan rakyat tetap dijaga dengan baik. Kerajaan Perikatan Nasional dan Kerajaan Sarawak telah memberikan yang terbaik dan membuktikan bahawa mereka mampu menjaga kebajikan rakyat.

Seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, walaupun banyak sektor telah ditutup tetapi kerajaan tidak akan membiarkan rakyat putus bekalan makanan. Nasihat Perdana Menteri yang cukup berbekas di hati rakyat adalah kepada mereka yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang tersebut sebaik mungkin.

“Beli barang-barang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini…yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga.” Perkara tersebut jelas membuktikan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional benar-benar prihatin akan keadaan rakyat.

Begitu juga dengan Kerajaan Sarawak dengan Abang Johari juga komited dalam memastikan kebajikan rakyat di negeri ini terjamin. Tugas rakyat adalah untuk memastikan mereka mampu mengikut semua arahan kerajaan demi memastikan Covid-19 dapat diputuskan.

KELAI NYUKUNG… Ketuai parti ari Sarawak mega bisi datai ngagai Putrajaya betemu enggau nyukung Muhyiddin.

Gambar Bernama