JAKARTA: Indonesia berusaha untuk menghasilkan vaksin Covid-19 sendiri tahun hadapan ketika kebimbangan meningkat bahawa negara membangun mungkin sukar mendapat akses tersebut di masa hadap

an. Mengutip Reuters, Ketua Inovasi Kementerian Penyelidikan Teknologi Indonesia, Ali Ghufron Mukti, berkata usaha itu diperlukan memandangkan kemampuan dan kapasiti

syarikat bioteknologi terhad dan rantaian bekalan global yang mencabar. “Oleh itu, Indonesia perlu membangunkan vaksin Covid-19 sendiri dan itu perlu dilakukan oleh Indonesia, dari Indonesia, ke Indonesia.

“Kami menggunakan teori kami dan optimis pada awal 2021, ini akan selesai di makmal,” katanya, sambil menambah syarikat milik kerajaan Bio Farma mampu melakukan percubaan pada separuh kedua tahun hadapan.

Sebelum ini, Menteri Luar Negeri Indonesia Retno Marsudi berkata negara membangun memerlukan akses vaksin di masa hadapan, ketika kebimbangan negara kaya bakal monopoli bekalan itu.

Kebimbangan terus meningkat minggu ini, ketika AS mengumumkan membeli sebahagian besar bekalan ubatubatan Gilead Science secara global, yang dilihat mempercepat pemulihan Covid-19.

Pandemik itu terus memicu perlumbaan untuk mencari vaksin, dengan lebih daripada 100 pembangunan vaksin serta puluhan lagi percubaan sudah diuji ke atas manusia.