INDIA: Gokaran Patil di lahirkan tanpa tangan tetapi kecacatannya tidak mematahkan semangatnya dan impiannya menjadi seorang pelukis. Patil yang juga cacat pendengaran belajar melukis menggunakan kakinya.

Kisah Patil tular selepas videonya sedang tekun melukis menggunakan kakinya di rakam oleh seorang pegawai kebajikan iaitu Priyanka Shukla.

Dalam video tersebut yang dimuat naik di Twitternya Shukla memperkenalkan Gokaran Patil kepada pengikutnya. Dia begitu kagum dengan semangat yang di unjukkan oleh Patil dan berpendapat orang ramai patut mencontohinya dan jangan terlalu cepat berputus asa.

Kisahnya menyentuh hati netizen di media sosial dan lukisannya mendapat pujian kerana ia cantik dan kemas.

Selain menjadi pelukis, Patil juga mahir dalam bidang komputer dan mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Fine Arts.

Lukisannya berkisar kepada budaya dan seni penduduk Chhattisgarh dan telah memenangi banyak hadiah dalam pelbagai pertandingan lukisan.