MUKAH: Adun Tellian Yussibnosh Balo yakin pengundi di kawasannya sudah bersedia sebaik sahaja Pilihan Raya Negeri diadakan pada bila-bila masa.

Katanya, pengundi termasuk masyarakat Iban di kawasan se-perti Ulu Baoh, Nanga Baoh dan Ulu Mukah diyakini menyokong GPS.

“Sekarang pengundi tahu bahawa parti politik lain hanya pandai menabur janji dan muncul apabila PRN diadakan.

“Rakyat perlu menilai pembangunan yang telah dibawa Kerajaan Sarawak.

“Dalam masa lima tahun banyak pembangunan dilaksanakan terutamanya kemudahan asas seperti jalan, elektrik dan air bersih,” katanya kepada Suara Sarawak di sini, semalam.

Katanya lagi, rakyat Sarawak hendaklah mengekalkan sokongan kepada Kerajaan GPS untuk kesinambungan pembangunan di negeri ini.