KUCHING: Seorang warga emas mengaku bersalah memiliki 214 biji telur penyu ketika berada di Pasar Tamu Kubah Ria pada 7 September 2019 didenda RM5,000 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Tertuduh berusia 65 tahun itu mengaku bersalah dan boleh didakwa di bawah Seksyen 29(1) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998.

Menurut fakta kes, sekitar jam 9.45 pagi pada hari tersebut, sepasukan anggota penguat kuasa Sarawak Forestry Corporation membuat pemeriksaan mengejut di pasar berkenaan.

Ketika serbuan, anggota penguat kuasa menahan seorang warga emas disyaki menjual telur penyu – haiwan yang sangat dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar.

Pasukan penguat kuasa menemui telur penyu itu serta merampas dua kunci, sebuah motosikal.

Tertuduh membayar denda tersebut.