DALAT: Tampil lebih dekat dan menyantuni rakyat Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah mengadakan dua sesi dialog bersama AJK SUPP Taman Ceria dan AJK PBB Ranting Kampung Brunei Selasa lalu.

Beliau yang juga Adun Dalat tampil membincangkan persiapan beliau bagi menghadapi PRN-12 yang akan datang.

Dalam kesempatan tersebut, beliau turut menerangkan inisiatif serta bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Sarawak melalui kementeriannya sejak diterajui oleh GPS tahun lalu.

Antaranya ialah melalui Endowment Fund Sarawak (EFS), Bantuan Ibu Bersalin (BIB), Geran Tahunan Khas (GTK) Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IPAKK), Kenyalang Gold Card (KGC), Bantuan Ihsan Kematian (BIK), dan Bantuan bagi Pesakit Buah Pinggang.

Menerusi sesi dialog, beliau turut membincangkan projek pembangunan di Kampung Brunei, Dalat dan di sekitar Taman Ceria Dalat selain daripada pelbagai isu lain yang dibentangkan.

Turut disampaikan dalam majlis berkenaan ialah Sijil Perakuan Pendaftaran JKKK Taman Ceria, Dalat, dan Sijil Perakuan Pendaftaran JKKK Kampung Baru Cina, Dalat,

Ini termasuk Sijil Perakuan Pendaftaran JKKK Kpg. Brunei, Dalat, Sijil Perlantikan Setiausaha JKKK Taman Ceria, Dalat, Sijil Perlantikan Setiausaha JKKK Kpg. Baru Cina, Dalat; dan Sijil Perlantikan Setiausaha JKKK Kpg. Brunei, Dalat