KUCHING: Para pencinta ilmu atau peminat pelbagai buku dan majalah boleh mengunjungi Karnival Jualan Buku Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bermula hari ini.

Karnival ini diadakan di lima lokasi di seluruh negara iaitu di Kedai Buku DBP Hulu Kelang (Selangor), Anjung DBP (Kuala Lumpur), Kedai Buku DBP Wilayah Timur (Kelantan), Kedai Buku DBP Cawangan Sabah dan Kedai Buku DBP Cawangan Sarawak.

Untuk Sarawak, kedai buku ini dalam bangunan DBP Cawangan Sarawak iaitu di Jalan Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Yaakub Petra Jaya.

Dalam pada itu, memetik catatan Presiden Parsatuan Karyawan Sarawak (Perkasa) Jaafar Hamdan di akaun media sosial beliau mengesa orang ramai supaya tidak melepaskan peluang ini kerana potongan harga mencecah 50 peratus.

“Andai anda masih sibuk dengan tugas harian, kunjungi kedai buku kami (DBP) pada Sabtu dan Ahad bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang,” katanya.

Selain mengunjungi terus tempat karnival orang ramai juga boleh membeli buku dalam talian menerusi laman web www.dbpniaga.my

Karnival ini diadakan selama 15 hari bermula hari ini (15 Julai) hingga 29 Julai.