SERIAN: Dua daripada lapan penagih dadah dihukum sekali sebatan dan penjara enam bulan akibat melanggar syarat pengawasan di bawah Akta Penagih Dadah (R&P)1983 oleh Mahkamah Litar Serian, semalam.

Perkara tersebut disahkan oleh Agensi Anti-Dadah Kebangsaan(AADK) Sarawak menerusi satu kenyataan media berdasarkan hasil keputusan dikeluarkan oleh Majistret Afidah Abdul Rahman.

Menurut kenyataan itu, kesemua lapan Orang kena Tahan(OKT) dan Orang Kena Pengawasan(OKP) itu dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan selain menjalani pertuduhan terhadap kes langgar syarat APD 1983.

“Hasil keputusan mahkamah, dua OKP seliaan AADK Serian dihukum sebat sekali dan penjara enam bulan manakala empat OKT diperintah menjalani pemulihan di pusat pemulihan dan rawatan (CCRC) di Kuching.

“Sementara itu dua lagi daripadanya masing-masing dalam pengawasan AADK Serian dan Bintulu,” ujar kenyataan itu.