KUCHING: Polis sedang me-nyiasat dan mengesan individu yang menyebarkan berita palsu mengenai penularan Covid-19 di Pasar Stutong.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail (gambar) berkata, ia susulan laporan yang diterimanya mengenai perkara itu. “Perkara ini sedang disiasat oleh IPD Kuching.

“Jadi polis memberi amaran kepada semua masyarakat supaya jangan menyebarkan perkara tidak sah,” kata-nya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Aidi menambah, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang cuba mengeluarkan berita palsu.

Katanya, penyebaran berita palsu harus dihentikan kerana ia akan membimbangkan masyarakat terutama di bandar raya ini, yang ketika ini berdepan kes-kes baharu Covid-19 sejak beberapa hari lepas.

“Jadi jangan mengeruhkan lagi kebimbangan masyarakat terhadap penularan Covid-19 ini,” katanya.