KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Datuk Abdul Latif Abu Seman di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia semalam.

Kunjungan hormat yang berlangsung selama 20 minit itu bagi membincangkan kerjasama dalam bidang tertentu seperti IoT yang boleh diterokai bersama-sama oleh MPC dengan Kerajaan Sarawak.

Rombongan itu turut disertai Setiausaha Korporat MPC Datin Roseleena Hashim: Presiden Persekutuan Perniagaan Sarawak Datuk Abang Abdul Karim Tun Abang Openg: Pengarah MPC Wilayah Sarawak Sarimah Misman serta Pengurus MPC Hafiza Atha Ahmad.

Sejurus selepas itu, Ketua Menteri menerima kunjungan hormat daripada Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak yang diketuai oleh Pengerusinya Datuk Abdul Ghafur Shariff.

Kunjungan hormat itu bagi membincangkan beberapa perkara yang berkaitan.

Ia disertai oleh Setiausaha SPANS Fathi Hanbali dan yang lain.