MUKAH: Penerima geran Kerajaan Sarawak di kawasan Dun Balingian dinasihati menggunakan geran tersebut untuk program yang bermanfaat. Adun Balingian Abdul Yakub Arbi berkata, geran itu tidak boleh disalah guna, sebaliknya untuk melaksanakan program yang memberikan manfaat kepada semua pihak.

“Saya juga berharap geran ini dapat diguna untuk membantu pihak sekolah dalam menghadapi pandemik Covid19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini dalam fasa pemulihan,” katanya, kelmarin.

Abdul Yakub berkata, sejumlah RM65,000 geran Projek Kecil Luar Bandar telah diagihkan kepada 21 penerima di kawasan Dun Balingian.

“Ini adalah pemberian yang kedua. Geran pertama diserahkan semasa Covid-19,” tambahya.

Sebanyak 21 penerima geran itu iaitu 16 PIBG, Lembaga Pengurusan Sekolah untuk sekolah rendah, Badan Muafakat MRSM Mukah, Majlis Guru Besar Daerah Mukah, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK Mukah) dan Kelab Rando Mukah.