SERIAN: Bekalan elektrik premis yang pernah diserbu sebelum ini kerana menjalankan aktiviti perjudian dalam talian telah dipotong malam semalam.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata, operasi tiga jam itu dilakukan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah IPD Serian.

Menurutnya, operasi bermula jam 10 pagi itu turut dibantu tiga kakitangan Sarawak Energy Berhad. Tindakan tersebut jelasnya, dilakukan di bawah peruntukan Seksyen 21A (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Pihak polis akan terus membuat pemantauan bagi mengenal pasti mana-mana premis yang masih beroperasi menjalankan aktiviti judi dalam talian dan loteri haram di sekitar kawasan bandar Serian,” katanya lagi.