KUCHING: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Sarawak” menerusi laman Facebooknya sebentar tadi.

Ucapan berkenaan mendapat hampir 10,000 tanda suka dan mendekati 1,000 dikongsikan dalam tempoh sejam lalu.

Sarawak meraikan 22 Julai sebagai hari berkerajaan sendiri daripada Kerajaan British pada tahun 1963.

Sambutan Hari Sarawak kali ini diraikan secara maya susulan pandemik Covid-19.

Bandar raya Miri dipilih sebagai tuan rumah pada sambutan kali ini.

Turut menyampaikan ucapan “Selamat Hari Sarawak” ialah Menteri Kanan Infrastruktur Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri serta menteri-menteri Sarawak yang lain.