BINTULU: Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip meluangkan masa meninjau proses pembayaran secara tunai Bantuan Sara Hidup(BSH), Bantuan Prihatin Nasional(BPN) dan Bantuan Khas Sarawakku Sayang(BKSS) Fasa 2 dan 3 kepada penerima layak di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai akaun bank di ruang legar Dewan Suarah, di sini, semalam.

Di samping beramah mesra dengan para petugas dan penerima, beliau turut mengingatkan mereka termasuk orang awam agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard(SOP) yang ditetapkan terutama pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial satu meter semasa berurusan atau berada di tempat awam.

Ini, katanya, bagi membantu usaha kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mengekang penularan wabak Covid-19.

Pada masa yang sama, Talib, yang juga Adun Jepak menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Pejabat Daerah Bintulu, Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN), Kementerian Kewangan(MOF), Perbendaharaan Negeri,PDRM, Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM), RELA serta Bank Simpanan Nasional(BSN) Cawangan Bintulu dalam memastikan proses pembayaran terkawal dan mematuhi SOP yang disediakan.

Talib meninjau proses pembayaran secara tunai BSH, BPN dan BKSS Fasa 2 dan 3 di ruang legar Dewan Suarah Bintulu.