KUCHING: Tindakan pantas anggota bomba telah berjaya memadam kebakaran melibatkan sebuah kereta mewah jenis Audi berwarna hitam di sini, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku berhampiran Kedai Big Hammer Hardware Jalan Stephent Yong Link di sini.

Menurut maklumat Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, pihaknya menerima laporan pada jam 2 petang dan Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang segera ke lokasi kejadian.

“Sebanyak 10 anggota bomba bersama-sama sebuah FRT dan EMRS bergegas ke tempat kejadian dan proses pemadaman telah dibuat menggunakan satu saluran bantu mula dari jentera,” katanya.

Difahamkan kebakaran tersebut tidak melibatkan kemalangan jiwa kerana pemandu berjaya menyelamatkan diri.