SKUAD Kuching FA dirisik pasukan Sabah untuk aksi persahabatan bagi persediaan ke saingan Liga Premier yang bermula pada 26 Ogos ini.

Penolong Jurulatih Kuching FA, Mohd Sharizan Sahari berkata, buat masa sekarang hanya pasukan Sabah yang dijangka akan membuat perlawanan persahabatan di Kuching.

“Untuk tarikh aksi persahabatan belum diketahui lagi kerana Kerajaan Sarawak sekarang masih memperketatkan kawalan masuk ke negeri ini ekoran penularan wabak Covid-19 yang agak membimbangkan.

“Kita masih menunggu dan mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum mengadakan perlawanan persahabatan,” katanya kepada Suara Sarawak kelmarin.

Beliau berkata, walaupun Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan aksi persahabatan untuk Liga Malaysia (Liga M) bermula 2 Ogos ini namun ia tertakluk kepada kebenaran Kerajaan Negeri.

Dalam pada itu, skuad tersebut telah menjalani latihan bersama hampir sebulan selepas mendapat kebenaran daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah disediakan.

Sepak mula Liga Premier 2020 akan diadakan pada 26 Ogos ini manakala 22 Ogos bagi aksi perlawanan yang tertangguh akibat penularan wabak Covid-19.

MKN turut memberi syarat agar aksi perlawanan Liga M tidak melibatkan sebarang penonton yang hadir menyaksikan perlawanan.Sepanjang tempoh tiga tahun SSC telah menerima 2,000 peserta yang mengikuti kursus tersebut.

Namun ia memakan masa yang agak lama untuk memperlihatkan kemahiran sebenar seseorang jurulatih.