KUCHING: Seorang lelaki tempatan yang mengaku tidak bersalah mencabul kehormatan seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di khalayak ramai dibebaskan dengan jaminan lanjut sementara menunggu perbicaraan ditetapkan pada 6 November depan.

Majistret Zaiton Anuar mengarahkan lelaki berusia 28 tahun itu dibebaskan setelah mengaku tidak bersalah mencabul seorang pelajar IPT dengan memeluknya dan menyentuh bahagian sulit wanita berkenaan dari arah belakang.

Zaiton juga memerintah tertuduh supaya melantik peguam untuk mewakilinya ketika perbicaraan akan datang.

Tertuduh yang berasal dari kawasan Daro didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hulkuman penjara sehingga 10 serta sebatan.

Tertuduh telah didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 5 petang di sebuah pasar raya di Persiaran Spring pada 25 Jun lalu.