KETIKA hubungan China-AS tegang, Rusia menghantar sistem pertahanan peluru berpandu S-400 Triumph ke Beijing. Memetik TASS pada Isnin, pengiriman sistem pertahanan tersebut dihantar buat kali kedua melalui pengangkutan laut.

Penghantaran peralatan mencakupi satu set S-400 kedua yang terdiri daripada dua perangkat pelancaran, stesen radiolokasi, peralatan tenaga dan layanan. China juga turut menerima lebih 120 peluru berpandu canggih antipesawat.

China negara pertama membeli S-400 buatan Rusia. Moscow menandatangani kontrak dengan Beijing menjual dua set S-400 pada 2014.

Penghantaran pertama S-400 ke China bermula 2018. S-400 Triump sistem peluru berpandu darat-ke-udara jarak jauh dan menengah terbaharu mula beroperasi 2007.

Sistem tersebut dibina untuk menghancurkan pesawat, peluru berpandu jelajah dan peluru berpandu balistik. S-400 dapat menyasar sasaran pada jarak sehingga 400 kilometer dan pada ketinggian sehingga 30 kilometer.

Setakat ini, Rusia menandatangani kontrak penghantaran S-400 dengan tiga negara iaitu China, Turki (penghantaran 12 Julai) dan India (akhir 2020).

Hubungan China-AS semakin memanas setelah Washington menutup pejabat Konsulat China di Houston, Texas. China kemudian membatalkan pembukaan pejabat konsulat AS di Chengdu.